Accomodation

Kemudahan yang disediakan di Homestay Dahlia


TV dan pemain DVD


Ruang Istirehat



Ruang Makan

Bilik Tidur


Bilik Tidur Utama dilengkapi dengan Queen set

Bilik Tidur Kedua dilengkapi dengan dua katil single, kipas berdiri dan almari


Bilik tidur ketiga dilengkapi dengan sebuah katil bujang, kipas berdiri dan almari.


Coffee Cabinet

Selain Kopi, teh dan gula, Pinggan mangkuk turut disediakan untuk kegunaan pengunjung.

Tasik Biru

Homestay Dahlia

Sekadar hendak membuat pengumuman bahawa Homestay Dahlia akan dibuka pada Awal bulan Jun 2011. Insyaallah :)

Sekitar Tasik Biru

Pada Sabtu lepas, saya datang melawat kediaman bagi menguruskan beberapa perkara yang masih belum selesai di Homestay Dahlia. Selalunya, saya datang seorang sahaja. Tetapi kunjungan kali ini ditemani isteri. Almaklumlah, ada banyak perkara saya tidak arif dan perlu bantuan dan pendapat beliau. Saya akui kebanyakan wanita memang lebih teliti dalam menguruskan hal-hal rumah berbanding lelaki seperti saya. Namun saya tidak kurang membantu. Angkat peralatan, mengemop lantai, serahkan pada saya. Bukan hendak berlagak hebat di hadapan isteri, tetapi selagi boleh buat, lebih baik kita lakukan sendiri. Betul tak?

Namun, bukan cerita saya yang hendak saya kongsikan di sini, tetapi perihal kuujungan ke Tasik Biru.

Berkelah & Mandi Manda
Setiap kali tiba hujung minggu dan cuti sekolah, Tasik Biru pasti menjadi salah satu destinasi pilihan untuk berkelah dan mandi manda. Walaupun hari masih panas, sudah ada sebilangan pengunjung yang mula memenuhi sekitar Tasik Biru. Kedengaran hilai tawa anak-anak kegirangan bermain air, manakala si ibu dan bapa sibuk memerhatikan keselematan anak-anak yang disayangi. Sungguhpun cuaca panas, namun sesekali terasa dingin di sapa angin petang.


Memancing
Dari jauh kelihatan beberapa kaki pancing sedang menjalankan aktiviti masing-masing. Mereka memilih kawasan yang lebih sunyi dan jauh dari kawasan kanak-kanak mandi-manda. Boleh dikatakan setiap kali saya berkunjung, pasti ada kaki pancing hingga membuatkan saya tertanya-tanya ikan apa yang dipancing atau banyakkah hasil pancingan mereka. Bukan apa, joran saya ada di kampung. Dari berkarat lebih baik saya mencuba nasib.


Menjamu Selera
Sebentar sahaja saya dan isteri berkelah kosong, sudah cukup menenangkan fikiran. Namun, bila hati lapang, perut pula mengeroncong minta diisi. Kalau ikutkan hati, hendak saja saya makan di gerai sup yang ada dibuka berhampiran tasik di mana berdekatan dengan kawasan pengunjung mandi-manda. Bila memikirkan sumbangan isteri sebentar tadi, lebih baik saya belanja isteri makan di tempat yang lebih selesa. Bukannya jauh, hanya 5 minit berjalan kaki sampailah kami ke deretan restoran yang terletak bersebelahan tasik. Sambil makan, sambil mencuci mata. Sungguh nikmat. Syukur kepada Allah. Terdapat banyak pilihan, tetapi saya memilih restoran yang pertama. Itupun kerana ternampak goreng pisang yang panas-panas. Selain goreng pisang, saya memilih ABC manakala isteri memilih Cendol kali ini. Melihat kebanyakan pengunjung lain memilih Kuew Tiow Goreng dan Mee Bandung membuatkan saya dan isteri saling berpandangan. Haruskah kami menambah pesanan makanan. Oh tidak! Kuatkan iman. Lain kali sajalah, pujuk masing-masing.


Sukan Jet Ski
Kunjungan kali ini, kami sangat beruntung kerana dapat menyaksikan golongan elit bermain Jet Ski. Khabarnya Jet Ski yang dipandu adalah milik persendirian. Jikalaulah ia di buka untuk disewa, pasti lebih ramai yang turut serta. Kata isteri saya, pada Julai tahun lepas, MPS ada menganjurkan pertandingan Jet Ski di sini. Mungkinkah tahun ni berlangsung sekali lagi? Kalau ada, saya tidak mahu ketinggalan lagi. Pasti menarik.

Selain Jet Ski, ada juga aktiviti berkenu, bermain bot lumba kawalan dan lain-lain lagi. kebanyakannya adalah anjuran dari pihak-pihak tertentu. Namun begitu, saya belum berkesempatan melihat sendiri. Sekadar mendengar cerita dari pengunjung yang lebih "senior" dari kami.


Homestay Dahlia

Home Stay Dahlia Laguna Biru yang terletak di Tasik Biru Kundang merupakan unit pangsapuri tingkat 15 di blok D.

Ia menghadap Kundang Lakes Country Club dan berhampiran dengan Bukit Rahman Putra Golf Club.

Daya tarikan utama Home Stay Dahlia Laguna Biru adalah Tasik Biru yang menjadi pusat aktiviti air di kawasan ini seperti mandi-manda, memancing, dan sukan air.

Berhampiran dengan jalan masuk utama ke Home Stay Dahlia Laguna Biru ini terdapat kolam pancing air tawar berbayar.

Dengan kemudahan jaringan Lebuh Raya Guthrie memudahkan perjalanan dari Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Utara - Selatan Hubungan Tengah untuk sampai ke sini. Perlu melalui jalan kampung sama ada dari Jalan Bukit Rahman Putra atau melalui Persimpangan Sungai Plong.

Dengan keluasan 850 kaki persegi berbalkoni, unit ini amat sesuai untuk keluarga dengan bilangan ahli sehingga 6 orang.

Dilengkapi dengan set bilik tidur Queen di bilik utama yang memiliki bilik air dan tandas sendiri serta 2 bilik lain dilengkapi dengan set bilik tidur 2 pasang katil bujang kedua-duanya. Kemudahan kipas siling dan kipas berdiri tersedia dan dengan suasana nyaman di unit ini, ia tidak memerlukan penghawa dingin buat masa ini.

Untuk hiburan seisi keluarga, set TV dan Pemain DVD disediakan. Untuk keselesaan, set sofa juga disediakan.

Harga penginapan 1 hari 1 malam adalah pada hujung minggu iaitu hari Sabtu dan Ahad ialah RM180 sahaja manakala pada hari biasa iaitu hari Isnin hingga Jumaat ialah RM90. Pada musim cuti sekolah dan perayaan harga penginapan adalah pada kadar rata iaitu RM180 untuk 1 hari 1 malam.

Harga penginapan 2 hari 1 malam adalah RM180 sahaja.

Pertanyaan lanjut dan tinjauan serta tempahan, sila hubungi Samsul Rizal di talian 019-6058599.